Jumat, 28 Maret 2008
Siapa Awak ?
| Siapa awak? Yang mengirim puisi berlenggok sopan Indah mengarang butir nya tenang Berangkap² menyampaikan maksud Mungkin tersalah mengirim pada gerangan Agaknya awak tidak perasan.. Siapa awak agaknya? Telah puas otak diperah Mungkin saya kenal atau terlupa Agaknya kita terlanggar bahu pabila bersua Oh! Tidak ..awak warga seberang sana.. Siapa ye? Pagi yang terang ini terserempak lagi dengan puisi dari awak lebih lagi saya jadi keliru.. untuk saya kah itu? Mana mungkin silap mengirim lagi.. Siapa ye? Telah saya layangkan soalan tanda Mahu tahu siapa di sebelah sana Namun jawapan tetap hampa.. Hanya puisi utusan awak sebagai balasan.. Tanda email saya telah dibaca.. Siape ye? Usah lah bermain teka teki Kesian lah pada saya yang mencari² Terima kasih daun keladi atas puisi indah mu Salam kejiranan dari ku.. Label: ~øNEUR¥~ |
Sahabat
| Apabila nafsu beraja menutup pintu akal Apabila nafsu berpaling berkiblatkan mungkar Apabila nafsu menghuni Seluruh sepenuh hati Kan terjadi lagi apa yang telah terjadi Kan berulang Kisah lampau Di kala.. Kite bagai anak kecil.. Yang giankan manisan Yang terleka merasa sedapnya dibuai dan lena indahnya penangan ghairah dunia Sejarah Telah menjadi rotan Meninggalkan parut Luka hitam legam Hodohnya! Kita menginginkan.. Dan sesama jua bangkit Tersedar dari cacatan silam Mahukah kembali sasau Pabile jalan yang di susuri Semakin kelam gelap gulita lagi? Dan bebanan dosa Menghimpit sekuatnya Semakin berat di pikul.. Mampu kah kita sahabat? Label: ~øNEUR¥~ |