Jumat, 28 Maret 2008
Siapa Awak ?
Siapa awak? Yang mengirim puisi berlenggok sopan Indah mengarang butir nya tenang Berangkap² menyampaikan maksud Mungkin tersalah mengirim pada gerangan Agaknya awak tidak perasan.. Siapa awak agaknya? Telah puas otak diperah Mungkin saya kenal atau terlupa Agaknya kita terlanggar bahu pabila bersua Oh! Tidak ..awak warga seberang sana.. Siapa ye? Pagi yang terang ini terserempak lagi dengan puisi dari awak lebih lagi saya jadi keliru.. untuk saya kah itu? Mana mungkin silap mengirim lagi.. Siapa ye? Telah saya layangkan soalan tanda Mahu tahu siapa di sebelah sana Namun jawapan tetap hampa.. Hanya puisi utusan awak sebagai balasan.. Tanda email saya telah dibaca.. Siape ye? Usah lah bermain teka teki Kesian lah pada saya yang mencari² Terima kasih daun keladi atas puisi indah mu Salam kejiranan dari ku.. Label: ~øNEUR¥~ |
posted by danaupuisi at 14.38
