Jumat, 28 Maret 2008
Awan
Entah mengapa Awan kelabu mencari aku Mengekori di setiap penjuru Bagai kan ingin aku bersama nya Yang bergelapan tanpa pelita Entah mengapa Bagaikan tidak sanggup ditahan -tahan Rintik demi rintik sesak berlumba mahu gugur Seperti mahu mewar-war kan pada dunia Empangan tabuh pecah dengan riwayatnya Dan bendera putih telah berkibar lusuh Kini hanya naik setengah tinggi besinya Entah mengapa Hari yang dipilih ini Bukan sesuatu yang mustahil untuk di elak Seringkali terus menghantui akal fikiran langsung menjejaki hingga ke esokkan fajar yang berganti mungkin kah nanti kan bertukar awan yang lebih berkilauan atau jernih dalaman yang mampu mengerti aku yang ikut bersama meminjamkan payung lindungan seiring atau sekadar persinggahan hingga aku jumpa payung yang lain²nya atau mungkin.. tiada lagi payung yang mampu melindungi aku dari awan kelabu itu.. Label: Oney |
posted by danaupuisi at 14.36
