Jumat, 28 Maret 2008
Aku Terlupa
| Kosong Sekeliling Hening menyoroti ruang.. Tiada pintu Tiada bukaan tingkap Yang boleh dipanjat Untuk masuk ke situ Aku lupa Mencari jalan ke sana Kerna pikiran ku buntu Hingga tidak mengenal rupa pintu Aku terlupa Meraba tetingkap mu Kerna telah lama tidak ke situ Untuk mengapai senyum mu Aku terlupa Hingga perlukan Tangan lain untuk memimpin .. Mengiringi aku masuk melalui pintu Aku terlupa Hinggakan jalan meraba Asalkan tidak melanggar Sangka ku selamat sahaja Namun.. Akhirnya.. Aku terlupa.. Sehingga jauh tersasar pergi Kemana - mana.. Aku terlupa.. Takkan kau jua terlupa.. Masakan lupa kita di waktu yang sama Huh.. Mungkin kau suka aku meraba begitu.. :P Aku hanya terlupa tp Aku belum nyanyok lagi! Label: Oney |
Bak Kata Mu
| Bak kata mu hari semalam Telah pun sampai masa kita Mencari yang hakiki di dunia Bekalan untuk akhirat Bagai penghapus dosa lampau Yang tidak terhitung akan balasan Dan hukuman dari Tuhan Bak kata mu hari sudah Mahu mencari yang sanggup menyayangi Dia Untuk sentiasa berada di Nur kasih sayangNya Bersama sepenuh jiwa raga mengadap Pencipta Bak kata ku hari semalam Kita telah lama sangat leka Asyik dengan permainan dunia yang kian tua Penuh kotoran yang tak mampu di hakis Semakin rakus dan memanggil-manggil jiwa Bak kata ku hari ini Mohon sesama kita mengingati Menegur demi memperbaiki Terus meniup sinar islami Agar semakin kukuh tujuan kaki Bak kata kita hari ini dan esok selagi nafas bernyawa.. 'sampai.. sudah masa kita .. Kita harus berhijrah dari situ Dan jangan menoleh lagi...' Berkati lah kami ya Allah.. Sambut lah huluran kami... Amin.. Label: Oney |
Awan
| Entah mengapa Awan kelabu mencari aku Mengekori di setiap penjuru Bagai kan ingin aku bersama nya Yang bergelapan tanpa pelita Entah mengapa Bagaikan tidak sanggup ditahan -tahan Rintik demi rintik sesak berlumba mahu gugur Seperti mahu mewar-war kan pada dunia Empangan tabuh pecah dengan riwayatnya Dan bendera putih telah berkibar lusuh Kini hanya naik setengah tinggi besinya Entah mengapa Hari yang dipilih ini Bukan sesuatu yang mustahil untuk di elak Seringkali terus menghantui akal fikiran langsung menjejaki hingga ke esokkan fajar yang berganti mungkin kah nanti kan bertukar awan yang lebih berkilauan atau jernih dalaman yang mampu mengerti aku yang ikut bersama meminjamkan payung lindungan seiring atau sekadar persinggahan hingga aku jumpa payung yang lain²nya atau mungkin.. tiada lagi payung yang mampu melindungi aku dari awan kelabu itu.. Label: Oney |