Kompas

Jawa Pos

Media Indonesia

Koran Tempo

Republika



Gatra

Femina

Matabaca

Noor

Annida





Jumat, 28 Maret 2008
Bak Kata Mu
Bak kata mu hari semalam
Telah pun sampai masa kita
Mencari yang hakiki di dunia
Bekalan untuk akhirat
Bagai penghapus dosa lampau
Yang tidak terhitung akan balasan
Dan hukuman dari Tuhan

Bak kata mu hari sudah
Mahu mencari yang sanggup menyayangi Dia
Untuk sentiasa berada di Nur kasih sayangNya
Bersama sepenuh jiwa raga mengadap Pencipta

Bak kata ku hari semalam
Kita telah lama sangat leka
Asyik dengan permainan dunia yang kian tua
Penuh kotoran yang tak mampu di hakis
Semakin rakus dan memanggil-manggil jiwa

Bak kata ku hari ini
Mohon sesama kita mengingati
Menegur demi memperbaiki
Terus meniup sinar islami
Agar semakin kukuh tujuan kaki

Bak kata kita
hari ini dan esok selagi nafas bernyawa..
'sampai.. sudah masa kita ..
Kita harus berhijrah dari situ
Dan jangan menoleh lagi...'

Berkati lah kami ya Allah..
Sambut lah huluran kami...
Amin..

Label: