Jumat, 28 Maret 2008
Perempuan dan Sebuah Kota
| Perempuan itu Sedang bergelut dengan hidupnya Dalam dakapan kemiskinan Seorang lelaki yang malang Perempuan itu Tidak pernah menyesal Dengan sebuah pernikahan Yang direstui oleh ayah bondanya Kata dia dengan penuh jujur Segalanya adalah jodoh Bukan kerana takdir Pada sebuah pernikahan Perempuan itu Sesekali terdengar racau rindunya Pada kampung halaman Pada seluruh kaum kerabat Sewaktu mimpi indahnya Hadir dalam kelesuan Dan lelaki malang itu Redha dengan kemiskinannya Walau pun perjalanan masih jauh Namun di dasar nalurinya Tetap terhimpun segenggam azam Akan berharga di mata khalayak. Pos Malaysia Label: Marjan S |
Setelah Tergadainya Peta Tercinta
| Berdekad lamanya - kita meminta dan bertanya dengan susila harga diri tentang sebuah cinta insan mereka taburkan janji bagai beneh-beneh harapan pada bumi kita yang tidak lagi segar subur berbaja kata mereka ¡V nanti itu pasti ¡V mereka mengerti nasib kita kata kita ¡V sabar itu kian jauh meninggalkan kita semua di heret angin tengkujuh ¡V ditimbun dedaun yang luruh namun tiada bezanya dulu dan kini nasib kita tak berubah setelah sekian lama janji memperkosa minda warga kita terasa tergugat perkasa perjuangan kita selama ini kita sua sesekali dengus suara mencemuh ¡V mengeluh pada yang angkuh pabila menatap ¡V meratap ¡V mengharap esok bakal kita tempuh terbetik dihati kecil warga kita yang tak punya jerit hanuman untuk memberagus muncung suara itu dari terus berpuisi janji pabila suara itu berulangkali berkata dengan roh tanpa keikhlasan jika pungguk setia menanti ¡V kenapa kita tak sudi mendengar janji jika hari ini telah tergadainya peta tercinta tak mungkin merubah nasib kita seperti sedia kala jika segelintir kita masih bersikap tak kisah itu semua ini bermakna kita tidak lagi mengangkat kemuliaan diri kita katakanlah wahai orang-orang tercinta dengan penuh waras kita tidak sanggup lagi mendengar janji mengharap budi kerana perjuangan kita tidak mengharap segunung emas kerana kita sedar perjalanan kita orak ini perlu ada destinasi teman ¡V mari kita mengupas kulit diri dan rangka jiwa melihat sejauh manakah kebenaran yang kita minta sebanyak manakah kemahuan yang ada dalam diri kita untuk kita menebus kembali kehidupan yang sempurna Pos Malaysia November 2004 Label: Marjan S |
Sajak Luka Dari Posmen Kepada Pak Menteri
| Pak menteri yang baik hati aku bukan nak mengungkit janji tentang sumpah baktimu pada pertiwi pilihlah aku jadi Perdana Menteri ada mata kau lihatlah dengan penuh rahmat ada mulut kau bercakaplah dengan penuh berkat ada telinga kau dengarlah rintihan rakyat ada kepala kau jenguklah dengan rasa hormat semalam lelaki itu dimaki oleh seorang pelacur katanya surat dikirim kepada ibunya masih tak sampai semalam lelaki itu dikejar segerombolan anjing liar katanya cina tua itu takut rumahnya diceroboh pencuri hari ini lelaki itu datang lagi dengan cinta ¡V rindu ¡V harapan dan pasti menatap gadis molek di meja kaca walau pun hujan melebat di luar sana lelaki itu dahaga tatapan kasih Pak Menteri menanti pertanyan yang berkurun lenyap tentang sebuah perjuangan yang bergolak dari saku yang kurang berisi rezeki Pak Menteri ¡V janjimu mengalahkan bahasa pujangga berbunga mekar tumbuh liar di taman-taman terbiar berkata menurut sedap hati mendecap sesedap rasa tanpa kau ambil kira roh-roh yang sedang menderita dengarlah rintihan ku bagi pihak khalayak yang terpinggir keluh perit rasa yang menghimpit antara malam dan dinihari kerana apa yang kami tanya bukan meminta wang berjuta sekadar untuk menyempurnakan sebuah kehidupan sementara Kota kaca 2004 Label: Marjan S |