Jumat, 28 Maret 2008
Sajak Luka Dari Posmen Kepada Pak Menteri
Pak menteri yang baik hati aku bukan nak mengungkit janji tentang sumpah baktimu pada pertiwi pilihlah aku jadi Perdana Menteri ada mata kau lihatlah dengan penuh rahmat ada mulut kau bercakaplah dengan penuh berkat ada telinga kau dengarlah rintihan rakyat ada kepala kau jenguklah dengan rasa hormat semalam lelaki itu dimaki oleh seorang pelacur katanya surat dikirim kepada ibunya masih tak sampai semalam lelaki itu dikejar segerombolan anjing liar katanya cina tua itu takut rumahnya diceroboh pencuri hari ini lelaki itu datang lagi dengan cinta ¡V rindu ¡V harapan dan pasti menatap gadis molek di meja kaca walau pun hujan melebat di luar sana lelaki itu dahaga tatapan kasih Pak Menteri menanti pertanyan yang berkurun lenyap tentang sebuah perjuangan yang bergolak dari saku yang kurang berisi rezeki Pak Menteri ¡V janjimu mengalahkan bahasa pujangga berbunga mekar tumbuh liar di taman-taman terbiar berkata menurut sedap hati mendecap sesedap rasa tanpa kau ambil kira roh-roh yang sedang menderita dengarlah rintihan ku bagi pihak khalayak yang terpinggir keluh perit rasa yang menghimpit antara malam dan dinihari kerana apa yang kami tanya bukan meminta wang berjuta sekadar untuk menyempurnakan sebuah kehidupan sementara Kota kaca 2004 Label: Marjan S |
posted by danaupuisi at 14.39
