Kamis, 14 Februari 2008
hanya aku, kamu .. kita! Singgahan aku menjadi tempang Pabila butir nya seperti mengertawakan aku Sangat mengeletek tangkai hati Beramai² melawan gelak tawa seperti aku si badut Yang sesat di padang yang terang Lawatan aku menjadi lumpuh Setelah bait² kata di lempar semudahnya Bagai ditampal² limpahan hina Sungguh aku berdukacita .. Sehingga sudah .. aku menangis lagi.. Kegirangan aku turut hilang lesap ke mana Melihat seluruh luahan yang keluar seperti lahar Memamah kulit tulang temulang ku Habis terbakar hangus semua perasaan halus Yang kita kait di kala suatu ketika dulu Aku tidak pernah membenci kamu Malah aku melihat kamu seperti dulu Tempat itu tidak pernah di ubah suai Kerna hanya kamu sahaja yang mampu menghuni disitu Aku tidak pernah mencaci kamu Malah masih subur kasih dibaja walau jarak tidak seperti musim lalu Sentiasa menitip doa agar kamu kuat menempuh duri tajam Disepanjang perjalanan siang malam mu Aku tidak pernah melupakan kamu Malah aku ada saja ruang untuk melihat tinggalan kenangan Jua mengintai kamu di sebalik langsir orang²an Hanya kamu sahaja yang tidak ketahuan Lantas memikir aku lah manusia kejam Kenapa kita berantakan begini.. Sedangkan demensi ini bukan satu yang hebat Kenapa jalan ini yang kita temui Sedangkan selama ini sentiasa ada pertukaran debatan Banyak simpang yang telah kita tempuhi.. Dan akhirnya.. tewas di persimpangan Yang lurus tanpa banyak lobang dan lopak air Semudah itu... sesenang itu... Sampai ke akhir ini Bukan yang terakhir harapnya Bukan simpulan mati tariknya Jika soalan itu ditanya Sesungguhnya .. aku akan menjawap.. Iye.. aku masih di sini untuk kamu.. Label: suriani.mohamad |
posted by danaupuisi at 11.01
